Sarawak Energy bertekad membekalkan elektrik dari sumber tenaga boleh diperbaharui

Sharbini (dua dari kiri) menekan butang sebagai simbolik merasmikan kempen 'Go Green: Sifar Polystyrene, Kurangkan Beg Plastik 2018' di Menara Sarawak Energy, Kuching.

KUCHING, April 27: Sarawak Energy Berhad (Sarawak Energy) berazam membekalkan tenaga elektrik sehingga ke kawasan paling pendalaman negeri ini mengunakan sumber tenaga boleh diperbaharui iaitu solar dan empangan micro hidro.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Energy Sharbini Suhaili berkata demikian dengan pihaknya juga sedang menjalankan usaha terbabit yang dibawah arahan kerajaan negeri dan seterusnya membantu Kementerian Kemudahan Utiliti Sarawak memperluaskan bekalan elektrik ke seluruh negeri.

“Ini juga selari dengan Matlamat Pembangunan Kemampanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Nombor 7 iaitu mengunakan sumber tenaga boleh diperbaharui seperti solar dan empangan mikro hidro bagi membekalkan tenaga elektrik ke kawasan paling pendalaman,” katanya ketika merasmikan kempen ‘Go Green: Sifar Polystyrene, Kurangkan Beg Plastik 2018’ di Menara Sarawak Energy, di sini, hari ini.


Sharbini berkata setakat ini dalam salah usaha terbabit, Sarawak Energy telah bekerjasama dengan Sarawak Forestry Corporation (SFC) bagi membiayai pengunaan lampu solar di kawasan tempat perlindungan penyu di pendalaman barat Sarawak.

“Sebagai satu syarikat pembangunan tenaga dimiliki kerajaan negeri, kami juga diberikan kepercayaan bagi membangunkan sumber kita sendiri dan memenuhi permintaan semasa,” katanya.

Sharbini (kiri) melihat lukisan seni seekor ikan yang dipenuhi plastik selepas merasmikan kempen ‘Go Green: Sifar Polystyrene, Kurangkan Beg Plastik 2018’ di Menara Sarawak Energy, Kuching.

Berikutan itu, syarikat terbabit juga sudah mempunyai kenderaan elektrik dan stesen pengecasnya di Menara Sarawak Energy serta sedang menjalankan penyelidikan bagi mengeluarkan dan menyimpan sel bahan api hidrogen yang boleh menambahbaik sistem pengangkutan di negeri ini.

Sementara itu, mengenai kempen ‘Go Green: Sifar Polystyrene, Kurangkan Beg Plastik 2018’, beliau berkata matlamat kempen terbabit ialah bagi mengurangkan pengunaan plastik di pejabat dan loji Sarawak Energy dan berazam menghapuskan pengunaan plastik dan polystryrene dalam tiga tahun kempen “Go Green”.

“Syarikat seperti kami boleh dan mesti memimpin; kami mempunyai 5,000 tenaga kerja yang boleh bekerjasama bagi meminimakan kesan individu terhadap alam sekitar. Dengan inisatif ini, kami akan memastikan setiap dari kita memainkan peranan,” katanya.

Sharbini berkata bekas polystyrene dan beg plastik bagi membawa makanan telah diharamkan dibawa measuk ke premis Sarawak Energy sejak April 1 lepas, selepas menganggarkan 40,000 bekas polystrene akan sampai ke tapak pelupusan sampah setiap tahun.

“Tolong jangan bekas polystyrene dari luar ke premis syarikat ini dan cuba gunakan botol air yang boleh digunakan semula serta gunakan beg membawa barang yang boleh digunakan semula,” katanya. — DayakDaily