Ramalan hujan, ribut petir di kawasan pedalaman Sarawak untuk Gawai Dayak

Rainy weather - DayakDaily.com file pic. // Photo: Pixabay

KUCHING, Mei 31: Penduduk Sarawak diramalkan akan menyambut perayaan Gawai Dayak dalam cuaca hujan bermula pada tengah malam ini (Mei 31) dan pagi esok (Jun 1) .

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca pada malam ini dan pagi esok diramalkan akan hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman negeri ini, diikuti ribut petir pada sebelah petang esok dan hujan pada sebelah malam esok di satu dua tempat di kawasan pedalaman.

Cuaca yang hujan di satu dua tempat di kawasan pedalaman berterusan pada sebelah pagi dan malam Jun 2 manakala ribut petir diramalkan berlaku pada tengahari.

Tiada hujan pada pagi Jun 3, tetapi ribut petir diramalkan di satu dua tempat di kawasan pedalaman sebelah petang dan hujan di kawasan itu sebelah malam. — DayakDaily