Polis siasat penemuan mayat di sungai belakang pasar Batu 10, Kota Padawan

Mayat ditemui terapung di sungai.

KOTA PADAWAN, 16 Julai: Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan hampir reput di sungai di belakang sebuah kawasan perumahan di Batu 10, Kota Padawan semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata mayat yang hanya berseluar panjang itu ditemui oleh seorang pekebun berusia 61 tahun ketika hendak mengambil sayur pada jam 3 petang.

“Dia kemudian terus membuat laporan di balai polis berhampiran dan pasukan forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) diketuai Pakar Patologi Dr Nurliza Ibrahim turut hadir membuat siasatan.


“Siasatan awal mendapati tiada kecederaan yang mencurigakan di badan mangsa, cuma ada kecederaan disebabkan gigitan serangga atau binatang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Bagaimanapun, siasatan masih dijalankan dan mayat tersebut juga telah dihantar ke rumah mayat HUS untuk bedah siasatan.

Katanya juga, kes tersebut setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

“Identiti mayat masih belum diketahui dan kita mohon orang ramai yang ada kehilangan ahli keluarga untuk hubungi Pegawai Penyiasat SM Seli (013-8467757),” katanya. ā€” DayakDaily