Mayat lelaki ditemui di Serian, dipercayai mangsa kemalangan

Polis menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


SERIAN,12 Okt: Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di dalam parit di Jalan Chung Hua, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Serian, DSP Aswandy Anis berkata, pihaknya menerima laporan penemuan mayat mangsa bersama sebuah motosikal kira-kira jam 3.30 petang.

Katanya, siasatan awal mendapati telah berlaku kemalangan kendiri, di mana mangsa yang berusia 39 tahun dipercayai menunggang motosikal dari arah Jalan Serian Bypass menuju ke Jalan Chung Hua.


“Dipercayai mangsa telah hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serian untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dalam siasatan selanjutnya. — DayakDaily