Polis berkas lelaki disyaki rogol remaja perempuan bawah umur

Royal Malaysia Police logo

KUCHING, Ogos 18: Polis menahan seorang lelaki selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan bawah umur di sebuah hotel bajet di sini baru-baru ini.

Lelaki berumur 20 tahun tersebut ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Ng Ah Lek mengesahkan menerima laporan penahanan suspek tersebut.

Kata Ng, dalam laporan polis yang diterima, mangsa mendakwa dirogol lima kali oleh suspek pada 13 Ogos lepas di sebuah hotel bajet di Padungan di sini.

Jelasnya, mangsa yang berusia 14 tahun juga mendakwa baharu mengenali suspek lima bulan lepas menerusi aplikasi WhatsApp.

“Suspek telah ditangkap di sebuah rumah di kawasan Petra Jaya semalam dan ditahan untuk siasatan lanjut.

“Mangsa pula telah dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya hari ini.

Ng menambah, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan,” katanya lagi. — DayakDaily