‘Kantoi’ berbogel bersama seorang kanak-kanak perempuan, seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis

Suspek (tiga dari kanan) ditahan JSJ Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Dis: Seorang lelaki warga Indonesia ditahan pihak polis petang Khamis kerana disyaki telah merogol remaja perempuan berusia 12 tahun.

Terdahulu, suspek berusia 21 tahun itu ‘kantoi’ dilihat berbogel bersama mangsa di bahagian dapur sebuah kediaman pekerja di Lambir pada awal pagi Khamis.


Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan sekitar 1.40 petang sebaik sahaja pihaknya menerima laporan kejadian daripada keluarga mangsa.

Difahamkan, suspek dan mangsa merupakam jiran sebelah rumah.

Sebelum kejadian, sekitar jam 8 pagi hari yang sama, suspek telah dilihat memasuki unit penginapan pekerja yang didiami mangsa dan keluarganya.

Saksi yang juga jiran mangsa, telah segera memaklumkan perkara tersebut kepada keluarga mangsa.

Suspek telah ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri sebaik sahaja menerima laporan kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. — DayakDaily