Kantoi buat bersetubuh, budak bawah umur dicekup

Suspek (dua dari kiri) ditahan untuk tindakan lanjut.

MIRI, 15 Mei: Polis pada Jumaat menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki melakukan rogol bawah umur ke atas seorang remaja perempuan di sini.

Suspek, berusia 13 tahun itu ditahan sekitar jam 1.40 petang oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri dalan Ops Aidilfitri susulan satu laporan yang dibuat bapa mangsa.

Penahanan suspek dilakukan di sebuah rumah di Tudan Desaras fasa 6.

Terdahulu, dalam laporan tersebut, pengadu mensyaki kedua-dua anak perempuannya berusia 13 dan 15 tahun mungkin telah menjadi mangsa perbuatan suspek.

Namun, hasil siasatan lanjut, mendapati, hanya seorang daripada anaknya yang menjadi mangsa dalam kejadian, ujar Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Supt Sabri Zainol.

Kes disiasat mengikut Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. — DayakDaily