PKR tidak desak PRN Sarawak diadakan semasa pandemik Covid-19

Abun Sui Anyit

KUCHING, 18 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak menolak kenyataann Adun Mulu Datuk Gerawat Jala yang mendakwa PKR mahukan diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) walaupun dalam keadaan Covid-19 masih teruk di Sarawak.

Justeru, Ketua Penerangannya Abun Sui Anyit menyifatkan kenyataan itu seolah-olah meletakkan perkataan di mulut PKR Sarawak.

“Pada masa yang sama, kebijaksanaan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong boleh juga boleh dipohon oleh Ketua Menteri Sarawak untuk mengeluarkan Perintah baharu yang khas untuk Sarawak bagi menunda PRN diadakan selepas Ogos 2021.


“Ia harus mengambil kira keadaan penularan Covid-19 di Sarawak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Abun, PKR Sarawak tidak pernah mendesak PRN diadakan semasa Covid-19 sedang teruk melanda Sarawak.

Tetapi apa yang mengejutkan katanya, Gerawat mengatakan GPS tidak memerlukan nasihat dan pandangan kita seolah-olah semak dan imbang sudah tidak diperlukan lagi dan ia condong ke arah autokratik.

Menurut Abun lagi, gesaan PKR supaya Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri menyelaraskan perintah Ordinan Darurat 2021 dengan jadual Perlembagaan Negeri Sarawak memang suatu yang berasas.

“Jika Agong mengeluarkan perintah (pindaan) baharu khas untuk Sarawak agar DUN dibubar selari dengan jadual Perlembagaan Negeri Sarawak, maka PRN seharusnya diadakan dalam masa 60 hari setelah 6 Jun tetapi ia masih bergantung kepada keadaan pandemik Covid-19,” ujar Abun. —DayakDaily