PKP: Operasi kilang di Zon Perindustrian Bebas Samajaya dipantau dengan rapi, Naroden

Datuk Mohd Naroden Majais

KUCHING, Apr 7: Operasi kilang di Zon Perindustrian Bebas Samajaya di Kuching dipantau dengan rapi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tegas Datuk Mohd Naroden Majais.

Menurut Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan, setakat ini tidak ada syarikat yang dilaporkan melanggar syarat-syarat yang telah diberikan dan tiada kes Covid-19 dilaporkan di Samajaya.

“Syarikat-syarikat di Samajaya beroperasi di bawah tahap minimal iaitu sekitar 20 hingga 30 peratus sahaja, dalam shif dan tidak berada di bawah satu bumbung tetapi di bawah beberapa buah kilang yang kecil.


ā€œManakala, kakitangan pengurusan diminta bekerja dari rumah selain syarikat-syarikat ini telah mengambil langkah langkah pencegahan yang lain.

ā€œIa termasuk pemeriksaan suhu, penggunaan topeng muka dan pembersih tangan, amalan jarak sosial di kantin, bilik mesyuarat, kawasan pengeluaran, dan sebagainya,ā€ kata Naroden pada kenyataan hari ini.

Beliau menjawab gesaan MP Stampin, Chong Chieng Jen yang mempertikaikan keputusan kerajaan membenarkan kilang-kilang di kawasan tersebut beroperasi.

Tambah Naroden, kebanyakan syarikat syarikat di Samajaya telah mula melaksanakan langkah-langkah pencegahan Covid-19 sebelum PKP diumumkan.

Katanya, syarikat telah menghadkan perjalanan kakitangan mereka ke kawasan yang terjejas.

Namun tegas Naroden, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak(JBNS) akan mengkaji semula statusnya jika terdapat kes Covid-19 dilaporkan di Samajaya atau jika terdapat laporan ada syarikat tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan oleh PKP.

ā€œJika ada keperluan untuk menutup kilang-kilang di Samajaya kerana COVID-19, JBNS dan Kementerian saya tidak akan teragak-agak untuk berbuat demikian,” tegas beliau.ā€”DayakDaily