Petugas laungkan azan, imamkan solat dikecuali pemakaian pelitup hidung dan mulut

Sarawak's first 'floating mosque' on Sarawak River, with the State Legislative Assembly (DUN) Complex in the background.

KUCHING, 28 Mac: Pegawai masjid yang bertugas ketika melaungkan azan dan mengimamkan solat dikecualikan pemakaian pelitup hidung dan mulut.

Majlis Islam Sarawak (Mais) pada kemas kini prosedur operasi ‘standard’ (SOP) hari ini turut mengecualikan petugas khatib berkhutbah.

Turut dikecualikan penceramah yang menyampaikan kuliah atau forum di masjid atau surau dengan penjarakan yang wajar.


Terdahulu, Mais menerusi SOP Peralihan Ke Endemik Covid-19 di seluruh negeri Sarawak mewajibkan pemakaian pelitup hidung dan mulut di kawasan masjid dan surau.

Solat Jumaat, fardu, sunat, khutbah dan wirid selepas solat dibenarkan tanpa penjarakan fizikal di semua surau dan masjid di Sarawak selaras Fasa Peralihan Endemik seluruh negara pada 1 April ini. — DayakDaily