Perodua Viva tersepit antara bas dan treler, lima maut

Keadaan kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Oya-Sibu.
Advertisement

SIBU, Mei 5: Satu kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas ekspres, treler dan kereta di Batu 28, Jalan Oya-Sibu telah mengakibatkan lima mangsa maut.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.50 petang itu, sebuah kereta Perodua Viva telah tersepit antara bas ekspres dan treler yang membawa muatan kereta.

Jurucakap polis berkata, buat masa ini, identiti kesemua mangsa yang meninggal dunia masih belum dikenalpasti.

Advertisement
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit.

Katanya, kejadian itu mengakibatkan dua kanak-kanak, dua wanita dan seorang lelaki yang memandu Perodua Viva tersebut meninggal dunia di lokasi kemalangan.

“Kesemua mangsa yang tersepit sudah dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Mayat kelima mangsa sudah dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jurucakap sama menambah, kes itu masih lagi dalam siasatan.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. — DayakDaily

Advertisement