Mangsa serangan buaya ditemui tanpa kepala dan kaki

Pasukan SAR membawa cebisan anggota badan mangsa dari sungai.
Advertisement

BETONG, Jan 5: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang mangsa serangan buaya yang memasuki hari ketiga berjaya menemui mangsa dalam keadaan ngeri iaitu tanpa kepala, tangan dan kaki di tebing sungai berdekatan Kampung Buda, Debak di sini hari ini.

Lebih memilukan, hanya bahagian anggota badan mangsa, Abang Mohamad Haikal Abang Suip, 13, sahaja ditemui di kawasan tebing sungai berhampiran Kampung Buda di sini kira-kira pukul 10.45 pagi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, cebisan anggota badan mangsa ditemui oleh pihak bomba bersama orang kampung yang turut serta dalam pencarian tersebut.

Advertisement
Pasukan SAR menemui cebisan anggota badan mangsa.

Katanya, jarak mangsa ditemui adalah lebih kurang 1.5 kilometer di kawasan sebuah tanjung berdekatan Kampung Buda.

“Mangsa seterusnya dibawa ke Klinik Kesihatan Debak untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini’

DayakDaily sebelum ini melaporkan seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang selepas dipercayai diserang dan dibaham seekor buaya di Sungai Dit di Kampung Melayau Dit di sini, Rabu lalu.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu dikatakan berlaku ketika mangsa dikatakan sedang memancing di tebing sungai tersebut bersama rakan-rakannya.

Insiden tersebut turut disedari seorang penduduk kampung, Senie Bijang, 54, yang kebetulan melalui kawasan tebing sungai tersebut. — DayakDaily

Advertisement