Mangsa lemas di Jeti LKIM Tanjong Bako dijumpai

Pihak kesihatan tiba di lokasi bagi pengesahan kematian.

KUCHING, April 1: Mayat warga Thailand yang disyaki lemas di Jeti LKIM Tanjong Bako, Samarahan dijumpai 7.30 pagi ini.

Mangsa yang berusia 40 tahun dilaporkan terjatuh dari bot di jeti tersebut pada Isnin (Mac 30) lepas.

Menurut Pusat Operasi Bomba Sarawak, mayat dijumpai nelayan yang seterusnya memaklumkan kepada pihaknya.

“Jarak mayat tersebut dijumpai adalah 100 meter dari Pos Kawalan Bomba.

“Mayat telah dinaikkan oleh pihak Bomba ke jeti dan dicam oleh majikan serta awak-awak dan mengesahkan itu adalah mangsa yang dicari,” menurut Bomba. — DayakDaily