Majlis Pekida Miri menafi dakwaan pertubuhan itu menyokong pembangkang

(Duduk kiri) Ayahanda Lias dan Hasri menyangkal dakwaan tersebut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 11 Dis: Majlis Pekida Miri hari ini menafi sekeras kerasnya dakwaan bahawa pertubuhan tersebut menyokong pembangkang disini pada Pilihanraya Negeri Sarawak ke-12.

Penasihat Pekida Daerah Miri, Ayahanda Lias Julaihi berkata Pertubuhan Islam tersebut menyokong kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibawah pimpinan Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang banyak membantu rakyat.


“Kita terperanjat mendengar khabar angin bahawa ada ranting dibawah daerah Miri menyokong parti pembangkang dan menyangkal dakwaan tersebut sekeras kerasnya,” Lias berkata semasa sidang media semlam.

Menurut Lias, dakwaan tersebuat adalah fitnah belaka yang cuba memburukkan nama baik Pekida selama ini yang berkerjasama dengan kerajaan dalam pelbagai aktiviti dan program kemasyarakatan.

Beliau dengan tegas berkata, Pekida tidak pernah menyokong mana mana parti pembangkang termasuk Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Di kawasan Lambir dan Bekenu,misalnya beliau berkata, Pekida menyokong penuh calon calon GPS, Ripin Lamat dan Datuk Rosey Yunus.

Manakala di Miri, katanya, Pekida menyokong ketiga- tiga calon GPS, Datuk Seri Lee Kim Shin (Senadin), Datuk Sebastian Ting (Piasau) dan Adam Yii(Pujut).

Lias berkata Kerajaan GPS memang perihatin dengan masalah rakyat yang membawa pembangunan dan meningkatkan taraf ekonomi penduduk.

Khabar angin itu juga mengaitkan satu ‘ranting’ dan Ayahanda yang mendakwa menyokong seorang calon PSB di Lambir.

Menurut Lias, beberapa ketua di majlis Pekida Miri termasuk Hasri Datuk Mostapa telah berjumpa Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni menafikan dakwaan tersebut yang menjejaskan nama pertubuhan tersebut.

Anggarah 10, 000 ahli di Pekida Daerah Miri yang mempunyai 13 ranting. — DayakDaily