Majang berazam bawa lebih banyak pembangunan di DUN Samalaju

Malang Renggi.

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 18 Dis: Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Majang Renggi berazam membawa lebih banyak lagi pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju.

Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut pada Pilihanraya Negeri Ke-12 (PRN12) ini setelah menewaskan 4 pencabar lain dengan majoriti 2,464 undi.

“Kepada pengundi-pengundi yang telah memilih saya pada pilihanraya ini untuk terus berkhidmat sebagai wakil mereka untuk membawa suara mereka pada penggal kedua, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih.


“Saya akan mendengar suara rakyat dan melakukan yang termampu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Majang memperoleh 7,547 undi menewaskan pencabar terdekat Tonny Ung (1,504 undi) dari DAP dan Reggie Suel dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang memperoleh 1,496 undi.

Manakala calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) Baba Emperan memperoleh 199 undi. — DayakDaily