Lima kompaun dikeluarkan melibatkan tempat kerja di Sibu

Dr Annuar Rapaee

KUCHING, 25 April: Tiga kakitangan kerajaan antara lima yang dikompaun pada Jumaat lepas susulan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan pihak polis di kawasan tempat kerja di Sibu.

Penyelaras Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu Dr Annuar Rapaee berkata, fokus pemantauan terhadap pematuhan SOP kini diberikan ke pada kawasan tempat kerja memandangkan sektor terbabit menyumbang kepada 47 peratus kes positif jangkitan Covid-19 di Sibu.

Katanya, daripada 1,535 kes positif jangkitan Covid-19 yang dilaporkan di Sibu dalam tempoh dua minggu ini, 721 kes melibat empat kluster yang muncul di tempat kerja.


Jumlah tersebut agak membimbangkan dengan kemunculan empat kluster tempat kerja ini berupaya menyumbang kepada jangkitan komuniti apabila perkerja terbabit menjangkiti keluarga atau kenalan rapat mereka.

“Strategi kita adalah untuk mempastikan tempat-tempat kerja ini mematuhi SOP, jadi pihak polis akan menumpukan pemantauan di tempat-tempat kerja ini.

“Sebab itulah semalam dan hari sebelumnya mereka (pihak polis) menerusi pemantauan tersebut mendapati lima orang kakitangan iatu tiga kakitangan kerajaan dan dua swasta telah dikenakan tindakkan kompaun selepas didapati melanggar SOP yang di tetapkan,” katanya pada siaran langsung menerusi laman Facebook pada Sabtu (24 April).

Beliau berkata, beliau tidak pasti sama ada pihak polis mempunyai kuasa untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sesebuah tempat kerja bagi memastikan pematuhan sepenuhnya SOP.

Jelasnya, menerusi rakaman CCTV tersebut pihak akan memperoleh maklumat yang diperlukan iaitu jumlah kakitangan yang berkerja di kawasan terbabit mematuhi kapasti 50 jumlah perkerja dibenarkan mengikut SOP serta penggunaan topeng separuh muka serta melaksnakan penjarakkan fizikal seperti yang termaktup dalam SOP.

“Saya tidak tahu sama ada polis boleh berbuat demikian atau tidak, namum itu merupakan cara terbaik untuk memastikan kawasan tempat kerja mematuhi semua SOP yang ditetapkan,” katanya.

Dr Annuar berkata, situasi jangkitan ditempat kerja kini menjadi antara kebimbangan berlakunya penularan jangkitan Covid-19 selain kawasan kediaman perkerja yang sesak.

Namum begitu tegas beliau, kesedaran orang ramai mengenai kepentingan dalam mematuhi SOP merupakan kaedah penting dalam usaha melandaikan kadar jangkitan Covid-19 di Sibu.

“Pemantauan ini hanya untuk memastikan kita mengikuti dan mematuhi SOP yang ditetapkan namum cara terbaik ialah semua orang mempunyai kesedaran dalam mematuhi SOP berkenaan,” katanya. — DayakDaily