LHDNM: Kaunter BPR 2021 Bintulu tutup sementara mulai 2 Februari


KUCHING, 30 JAN: Kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 Cawangan Bintulu akan ditutup sementara mulai 1 Februari 2021.

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dalam satu kenyataan hari ini berkata, ia ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Sehubungan dengan itu, dalam tempoh ini pemohon BPR di Daerah Bintulu dinasihatkan untuk melakukan semua urusan berkaitan BPR secara dalam talian.


“Bagi pembayar cukai yang benar-benar memerlukan perkhidmatan bersemuka, mereka boleh kunjungi kaunter perkhidmatan BPR di cawangan LHDNM yang berhampiran.

“Sila pastikan semua Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan Malaysia dipatuhi sepenuhnya,”menurut kenyataan itu.

Selain mengunjungi kaunter BPR di cawangan berhampiran, orang ramai turut boleh mendapatkan perkhidmatan berkaitan BPR melalui Talian Hotline BPR di 1800-88-2747 atau melalui Pendaftaran MyBPR
https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPendaftaranMyBPR.pdf atau Perkhidmatan juga boleh diperolehi memalui Permohonan Baharu dan Kemaskini https://bpr.hasil.gov.my/Download/Faq/BPR2021FAQPermohonanBarudanKem asKini.pdf

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.-DayakDaily