LHDNM laksana penstrukturan semula servis kaunter pusat bayaran

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia logo

KUCHING, 9 Feb: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) akan melakukan penstrukturan semula perkhidmatan kaunter Pusat Bayaran LHDNM di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu mulai 1 April Ini.

Menerusi kenyataan hari ini LHDNM memaklumkan bahawa ia dibuat selaras dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan penggunaan medium bayaran secara dalam talian (e-bayaran) dan meningkatkan kecekapan proses pemungutan cukai.

Sehubungan itu, kaunter perkhidmatan di semua Pusat Bayaran LHDNM hanya akan menerima bayaran seperti cukai keuntungan harta tanah, cukai pendapatan penghibur awam (seniman kembara), cukai pegangan, bayaran kompaun dan bayaran cukai pendapatan menggunakan kad kredit atau kad debit.


Selaras dengan penstrukturan berkenaan, lain-lain bayaran yang tidak disenaraikan seperti di atas akan dihentikan penerimaannya di kaunter Pusat Bayaran LHDNM. – DayakDaily