LHDNM: Tarikh akhir kemukakan borang nyata cukai bukan perniagaan 30 April 2021

File photo depicting the LDHN office in Kuching.

KUCHING, 27 April: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata Cukai Tahun Taksiran 2020 secara manual bagi pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan ialah pada 30 April 2021.

LHDNM dalam kenyataan hari ini turut memaklumkan bahawa bagi pengemukaan secara e-filing, tarikh akhir ialah 15 Mei 2021.

“Ia melibatkan kategori individu pemastautin iaitu pekerja berpengetahuan atau berkepakaran, individu bukan pemastautin, individu bukan pemastautin termasuk pekerja berpengetahuan, pertubuhan, harta pusaka dan keluarga sekutu hindu,” katanya.


Sebagai panduan tambah LHDNM, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2021 (Pindaan 1/2021) yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan (Bahasa Melayu): http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_Pin.1_1.pdf

Manakala bagi Bahasa Inggeris ialah: http://phl.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBN_2021_Pin.1_2.pdf

Jelas LHDNM, pembayar cukai disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.

“Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan p0erbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (jika ada),” ujar LHDNM lagi.

Sebarang pertanyaan atau maklum balas mengenai perkara ini boleh menghubungi LHDNM melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara).

Atau melalui HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas: https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-MY/ 

— DayakDaily