Lelaki tempatan ditangkap cuba hantar PATI ke Sibu

PATI yang ditangkap dalam operasi tersebut.
Advertisement
Juetila Ozzy

SERIAN, April 6: Cubaan seorang lelaki menyeludup Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari Kuching ke Serian berjaya dipatahkan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian hari ini.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Aswandy Anis yang mengesahkan kejayaan tersebut memberitahu suspek berusia 32 tahun itu ditahan bersama tiga warganegara Indonesia termasuk seorang wanita.

Beliau memberitahu, mereka ditahan dalam sekatan jalan raya di Kilometer 90 Jalan Kuching-Sri Aman pada sekitar jam 4 pagi.

Advertisement

“Hasil pemeriksaan mendapati ketiga-tiga penumpang warganegara Indonesia berkenaan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“Siasatan awal pihak polis mendapati suspek telah berjumpa dengan seorang lelaki warga Indonesia yang juga merupakan ajen ketiga-tiga warga Indonesia tersebut di kawasan Batu 3 Kuching dan menawarkan upah kepada suspek sebanyak RM250 seorang untuk dihantar ke Sibu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Suspek bersama PATI terbabit kemudian ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Mirgan 2007.

“Selain itu, pemeriksaan keatas suspek warga tempatan itu juga telah menjumpai
satu tiup dadah jenis methamphetamine dan saringan air kencing juga disahkan positif dadah amp/meth.

“Susulan itu suspek juga disiasat di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Bahaya 1952,” katanya.

Advertisement