Lelaki ditemui cedera dan berlumuran darah

Mangsa dibawa ke hospital.
Advertisement

Oleh Dean Adam

SIBU, Dis 30: Seorang lelaki ditemui dalam keadaan cedera dan berlumuran darah dipercayai akibat dipukul dalam satu kejadian di Lorong Salim ,7 di sini hari ini.

Bertindak selepas menerima panggilan kecemasan, empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sibu kemudian bergegas ke tempat kejadian.

Advertisement

Jurucakap APM berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 7 pagi.

Katanya, sepasukan empat anggota APM seterusnya bergerak ke lokasi bagi membantu mangsa.

“Apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira enam minit kemudian, anggota APM mendapati seorang lelaki dalam keadaan cedera.

“Pemeriksaan lanjut mendapati mangsa mengalami luka di bahagian kepala dan dada sebelum diberi rawatan awal oleh anggota APM,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap sama memberitahu, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Operasi itu tamat sepenuhnya pada pukul 7.54 pagi selepas mangsa dibawa ke hospital,” katanya. -DayakDaily

Advertisement