Kerajaan Sarawak lihat semula Perlaksanaan projek penahan hakisan di Simunjan

Abang Johari ketika meninjau projek penahan Hakisan di Simunjan.

SIMUNJAN, 10 Mac: Kerajaan akan menilai dan melihat semula semua perlaksaan projek penahan hakisan yang telah dilaksanakan di Simunjan sebelum ini sebelum melaksanakan satu bentuk pelan jangka panjang yang lebih berkesan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, perkara itu penting bagi memastikan masalah hakisan tebing yang berlaku di kawasan terbabit dapat diatasi sepenuhnya sebelum ia membawa kepada pemasalahan lain.

Katanya, Satu kajian menyeluruh akan dilakukan iaitu melibatkan kajian struktur tanah, kajian Hidrolik dan teknologi yang akan digunakan dalam projek berkenaan.


“Saya mahu projek ini dilaksanakan sepenuhnya dan masalah halisan ini dapat di selesaikan sepenuhnya.

“Pada masa sama, kita mahu kawasan ini dijadikan sebagai kawasan tebingan simunjan yang menjadi tempat riadah bagi penduduk di simunjan ini atau pengunjung yang berkunjung ke pekan inik,”katanya pada sidang media ketika melakukan lawatan kerja di sini hari ini.

Abang Johari berkata, projek penahan hakisan tersebut perlu mempunyai asas yang kukuh kerana kawasan sepanjang 500 meter itu terhakis akibat pertembungan dua laluan air ketika berlakunya kejadian air pasang dan surut.

Jelas beliau, Projek penahan hakisan sebelumnya tidak bertahan lama kerana ia tidak mengambil kira faktor semula jadi yang boleh mengakibatkan kerosakan terhadap benteng berkenaan.

Katanya,konsep rekabentuk projek berkenaan akan disiapkan selewat-lewan pada penghujung tahun ini selepas semua kajian berkaitan berjaya disiap.

“Konsepnya pada penghujung tahun ini kerana mereka perlu melaksanakan semua kajian termasuk kajian struktur tanah, kajian Hidrolik dan teknologi yang akan digunakan dan pembinaannya pada tahun depan selepas semua kajian ini dilakukan.

Mengulas mengenai projek Pembinaan Penahan Hakisan di kawasan Sadong jaya, Tambirat di Asajaya dan di Sebuyau, Abang Johari berkata projek dikawasn tersebut sebelum ini mengalami sedikit kelewatan akibat kekurang dana kerana dana berkenaan disalurkan oleh kerajaan pusat.

Bagaimanapun ujar beliau, projek itu dapat dilaksanakan sepenuhnya dengan baik ketika ini kerana ia dilakukan dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Sarawak.

“Kesemua projek-projek ini iaitu di kawasan Sadong Jaya, kampung Tambirat dan di Sebuyau melibatkan perbelanjaan lebih kurang RM500 juta,” katanya. -DayakDaily