Kerajaan komited selesaikan masalah penduduk tiada dokumen pengenalan diri

Dato Sri Fatimah Abdullah (file photo)

KUCHING, 22 Nov: Pasukan Petugas Khas (PPK) yang ditubuhkan Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) terus berusaha menyelesaikan masalah penduduk yang tiada dokumen pengenalan diri.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, PPK ini juga mensasarkan penduduk Sarawak yang mempunyai status kewarganegaraan “Belum Ditentukanā€ dalam sijil lahir mereka.

Turut disasarkan ialah golongan pemegang kad pengenalan sementara, MYKAS.

ā€œPasukan ini sudah memulakan tugas dan taklimat kepada semua Pegawai Daerah, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum untuk membuat survei bagi mendapatkan maklumat tentang komuniti yang berkaitan di kawasan mereka.

ā€œProses seterusnya adalah dokumentasi, tapisan dan penilaian bagi pertimbangan kepada Kementerian Dalam Negeri,ā€ kata Fatimah di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini.

Beliau yang menjawab soalan Adun Machan Allan Siden Gramong menambah, kerajaan melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran penduduk tentang perkahwinan yang teratur dengan warga asing supaya kewarganegaraan anak yang dilahirkan terjamin.

Katanya, kementerian telah melaksanakan 3 siri program Dialog dan Wacana Isu Dokumen Pengenalan Diri bersama komuniti di Mongkos, Lundu dan Lubok Antu.

Pada tahun 2022, dialog yang serupa dan randau telah dilaksanakan di Kampung Paloh, Kedang dan Berangan di Daerah Tanjung Manis, Kampung Assum di Padawan, Rumah Sell, Munggu Tunggal di Debak dan Kampung Long Bedian, Apoh, Tutoh, Baram. ā€” DayakDaily