Kekurangan tenaga kerja antara masalah kelewatan projek

Timb. Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing (dua,kiri) berbual bersama Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan pelabuhan dan infrastruktur, Datu Safri Zainudin selepas perasmian Bengkel pentadbiran Kontrak Ke Arah Kecemerlangan penyampaian projek kerajaan Sarawak di Hotel UCSI, Kuching.

Oleh Cornelius Kadir Edison

KUCHING, 13 Okt.: Kekurangan Tenaga kerja terutamanya melibatkan Pekerja asing dalam sektor pembinaan menjadi antara masalah yang mengakibatkan pelaksanaan beberapa projek mengalami kelewatan.

Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri James Jemut Masing berkata, kerajaan Sarawak menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terpaksa menghentikan pengambilan atau kemasukan Pekerja asing ke Sarawak dalam usaha jawatankuasa itu mengawal penularan wabak Covid-19 di negeri ini.


ā€œkita terpaksa hentikan pengambilan pekerja asing ini demi mengawal penularan Covid-19 dalam Sarawak kerana kesihatan dan keselamatan rakyat Sarawak merupakan sesuatu yang kita tidak boleh kompromikan,ā€ katanya.

Katanya, walaupun banyak Pekerja asing diperlukan dalam sektor-sektor pembinaan, perladangan dan sebagainya, namun ia tidak seharusnya dijadikan alasan atau masalah ketika melaksanakan sesuatu projek manfaat rakyat.

ā€œketika ini kita perlu berkorban sedikit berkenaan kelewatan sesetengah projek dan sebab itulah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan agensi kerajaan berkaitan agak bertolak ansur dengan kontraktor-kontraktor yang mengendalikan projek-projek terbabit,ā€

Bagaimanapun Kata Masing, kontraktor terlibat perlu mencari penyelesaian segera termasuk memanfaatkan tenaga kerja tempatan agar kadar kelewatan projek berkaitan tidak terlampau ketara atau terpesong jauh daripada jadual asalnya.

Katanya, Majlis Tindakan Ekonomi Sarawak (SEAC) telah mengariskan beberapa program pasca Covid-19 bagi merangsangkan ekonomi negeri termasuk melihat kepada kaedah terbaik untuk menyiapkan dan memberi suntikan kepada perlaksaan projek-projek sama ada dibawah Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) atau di bawah Program Tranformasi Luar Bandar (RTP)

ā€œKita faham banyak sektor ekonomi terjejas akibat Covid-19, namun saya yakin kita dapat mengatasinya dan saya percaya Sarawak merupakan satu-satunya negeri ketika ini mempunyai majlis tindakan pasca Covid-19,ā€katanya.

Katanya, 10 sektor telah dikenal pasti dalam ā€˜Pelan Tindakan Ekonomi Pasca Covid-19 sehingga 2030ā€™ seperti yang diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk patinggi Abang Johari Tun Openg pada Mei lepas.

Sektor tersebut antaranya sektor pertanian, perlombongan, pembuatan, pelancongan, sumber tenaga diperbaharui, perladangan hutan, data dan inovasi; sektor perkhidmatan dan pembangunan sumber manusia. ā€“DayakDaily