Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hulur bantuan kepada mangsa angin ribut dan rumah runtuh

Ik Pahon (lima dari kanan) menyaksikan penyerahan bantuan kepada mangsa.

Oleh Dean Adam

KUCHING, Julai 5: Nasib malang yang menimpa mangsa-mangsa angin ribut di Taman Sepakat Jaya dan dua keluarga yang runtuh rumah di Kampung Semariang Batu menerima bantuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), semalam.

Pemangku Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Timbalan Pengerusi JPBNS, Datu Ik Pahon Joyik bersama rombongan telah menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa terlibat.


Mangsa-mangsa yang terjejas telah menerima bantuan makanan dan wang tunai daripada Tabung Bantuan Segera.

Ik Pahon (enam dari kanan) dan rombongan meninjau keadan rumah yang terjejas.

DayakDaily kelmarin melaporkan lapan buah rumah di Taman Sepakat Jaya terjejas akibat bumbung kediaman mereka diterbangkan angin ribut.

Kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu mengakibatkan empat rumah mengalami kerosakan teruk, manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil. — DayakDaily