HUS cari waris Anna dari Kampung Remun, Serian

HUS sedang mencari waris pesakit yang dikenali sebagai Anna.

KUCHING, Feb 23: Hospital Umum Sarawak (HUS) memohon orang ramai yang mengenali seorang pesakit perempuan agar tampil memberi maklumat bagi mengesan waris atau ahli keluarga pesakit tersebut.

Berdasarkan maklumat daripada HUS, pesakit tiada mempunyai kad pengenalan untuk pengesahan identiti, namun boleh bertutur dalam bahasa Iban dan memaklumkan namanya sebagai Anna serta berasal dari Kampung Remun, Serian.

Pesakit telah dimasukkan ke wad pada Feb 20 lalu dan sejak itu tiada ahli keluarga atau waris datang menjenguknya.


Sehubungan itu, pihak HUS menyeru orang ramai yang mengenali pesakit untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan di talian 082-245025 atau 082-245051 dengan kadar segera. — DayakDaily