Harga runcit RON 97, RON 95 dan diesel turun

Mengisi minyak kenderaan (foto fail)

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 6 Nov: Harga runcit bagi petrol RON 97 dan RON 95 serta diesel akan turun dari 7 November sehingga 13 November tahun ini.

Mengikut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di laman sesawangnya kpdnhep.gov.my hari ini mendedahkan harga runcit RON 97 akan turun 3 sen ke paras RM1.91 seliter.

Manakala RON95 akan turun 3 sen ke paras RM1.61 seliter dan harga runcit diesel akan turun 6 sen ke paras RM1.68 seliter.


Harga runcit terbabit akan mula berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam esok (7 November). — DayakDaily