3 wanita ditahan dalam serbuan pusat panggilan perjudian atas talian haram

Kesemua tiga suspek dibawa ke Balai Polis Miri untuk siasatan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 6 Nov: Tiga wanita warga tempatan ditahan dalam satu serbuan di sebuah rumah di Jalan Hilltop di sini yang dijadikan pusat panggilan perjudian atas talian pada pagi semalam (5 Nov).

Ketiga-tiga suspek tersebut, yang berusia di antara 24 dan 30 tahun, merupakan adik beradik.


Serbuan itu dilakukan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Miri (JSJ) pada 10 pagi itu berdasarkan risikan dan maklumat orang awam.

Hasil serbuan dilakukan, pihak polis diketuai ASP Unang Giang itu berhasil berampas lapan monitor komputer, 11 telefon bimbit, empat unit CPU komputer dan beberapa komponen lain di dalam rumah berkenaan.

Komponen komputer yang digunakan dalam aktiviti tersebut turut dibawa ke balai polis pusat Miri.

Senua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 4(1)(g) Atkta Runah Judi Terbuka 1953.

Difahamkan aktiviti tersebut telah dilakukan sejak beberapa bulan lepas dan berupaya mengaut keuntungan ratusan ribu ringgit dalam sehari.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Lim Meng Seah ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan. — DayakDaily