“Hantu” baja dan racun diberkas polis

Ketiga-tiga suspek (barisan keempat ,lima dan enam dari kanan) ditahan polis untuk tindakan lanjut. Dalam operasi itu, polis turut menemukan beberapa beg baja dan tong racun.
Advertisement

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 18 Jun: Kegiatan tiga lelaki warga tempatan mencuri enam beg baja dan 32 tong (4 liter) racun pertanian bersubsidi tumpas apabila mereka diberkas polis pada petang semalam (17 Jun).

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, tangkapan dilakukan tidak sampai tiga jam selepas beg baja dan racun terbabit dilaporkan hilang dari stor sebuah jabatan kerajaan di Batu Niah.

Advertisement

Tangkapan dilakukan di dua lokasi berasingan sekitar jam 2 petang sehingga 2.40 petang di pasar Batu Niah dan di sebuah rumah panjang di Niah dalam operasi Pintu.

Kesemua suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri dan unit Task Force IPD.

Dalam serbuan, beberapa tong racun (4 liter) dan beg baja berjaya ditemuikan di beberapa lokasi dipandu arah oleh suspek.

Pada pagi Khamis, sebanyak enam beg baja jenis Yaramila dan 32 tong racun (supremo) seberat 4 liter tiap satu didapati telah hilang dari stor penyimpanan sebuah jabatan kerajaan di Batu Niah.

Kerugian dianggarkan sebanyak RM3,000.

Kesemua suspek berusia antara 23, 28 dan 37 tahun itu kini sedang ditahan di Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. — DayakDaily

Advertisement