GST: Rakyat harus nilai sendiri pendirian kerajaan pusat, kata Fatimah

Fatimah (duduk empat kanan) bersama ahli jawatankuasa pengelola acara Showcase Sarawak Kids Got Talent 2019.

KUCHING, 4 Oktober: Rakyat Sarawak harus menilai sendiri, kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersedia mengkaji semula perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata kerajaan pusat dibawah Pakatan Harapan (PH)Ā telah berjanji menghapuskan cukai terbabit dan memasukkan janji itu dalam menifesto mereka pada pilihan raya umum yang lepas.

ā€œRakyat pula percaya dahulu dan mereka (PH) telah menang disebabkan janji terbabit serta dihapuskan GST, tetapi sekarang mahu mengembalikannya semula.


ā€œKamu (rakyat Sarawak) boleh membuat penghakiman sendiri mengenai hal ini,ā€ katanya ketika mengadakan sidang media Showcase Sarawak Kids Got Talent 2019, di Bangunan Baitulmakmur, di sini, hari ini.

Fatimah mengulas kenyataan Dr Mahathir Mohamad yang telah menyatakan kerajaan pusat bersedia mengkaji semula perlaksanaan GSTĀ bagi melihat sama ada ia lebih baik daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST),Ā sekiranya itu kehendak rakyat.

Ini berikutan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), yangĀ berharap kerajaan memperkenal semula GST dalam Belanjawan 2020 untuk menutup jurang kewangan kerajaan dan keranaĀ cukai kepenggunaan itu juga sistem percukaian yang adil dan cekap, berbanding sistem SST.

Selain janji menghapuskan GST, FatimahĀ juga berharap rakyat Sarawak dapat membandingkan pelbagai janji lain yang dilaungkan PakatanĀ ketika pilihan raya umum lepas dengan keadaan sebenar sekarang selepas PH menawan Putrajaya.

ā€œIni seperti janjiĀ penghapusan PTPTN, penurunan harga barang dan keadaan hutang negara yang mahu dikurangkan,ā€ katanya.

Katanya, kerajaan PakatanĀ juga telah berjanji memberikan royati minyak dan gas 20 peratus kepada Sarawak sekiranya menawan Putrajaya tetapi baharu-baharu ini perdana menteri sendiri telah menyatakanĀ janji terbabit tidak dapat dilaksanakan.

ā€œDengan itu, saya berharap rakyat (Sarawak) buat penghakiman yang adil dan siapa yang kamu percaya untuk menjaga kamu sekarang,ā€ katanya sambil tidak menaruh sebarang harapan kementeriannyaĀ akan ada menerima peruntukan dalam Belanjawan 2020 kerajaan pusat.

ā€œSaya boleh berharap kepada bajet negeri sajalah, macam itu sajalah, saya rasa seperti sudah berputus asa untuk berharap mendapatkan peruntukan dari kerajaan pusat,ā€ tambahnya. ā€” DayakDaily