Golongan OKU terjejas teruk akibat PKP

Rapelson Richard Hamit

KUCHING, 10 Julai: Ramai golongan Orang Kurang Upaya (OKU) hilang punca pendapatan kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kini.

Menurut Presiden Persatuan Anak Istimewa Sarawak (PERAIS) Rapelson Richard Hamit, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) juga tidak mencukupi untuk menampung keperluan keluarga.

“Persatuan menerima aduan bahawa ramai peniaga OKU hilang punca pendapatan akibat PKP.


“Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) tidak cukup menampung keperluan keluarga dan peniaga OKU yang telah menerima Geran Perniagaan(GKP) telah dibatalkan BPR mereka,” katanya dalam kenyataan semalam.

Justeru, beliau memohon agar sektor perkhidmatan seperti pembinaan, pusat urut tradisional OKU, kedai gunting, kedai barangan elektrik, kedai pakaian dan lain-lain sektor dibuka.

Selain perkhidmatan tersebut tegas Rapelson, ‘dine in’ juga sewajarnya dibenarkan dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.

Menerusi kenyataan itu, beliau juga berkata bahawa PKP gagal mencapai matlamatnya dan mencadang agar PKP Bersasar dilaksanakan. — DayakDaily