Gadis hamil bawah umur, polis menahan seorang pemuda untuk siasatan lanjut

Suspek (tiga dari kiri barisan hadapan) ditahan pihak polis malam Jumaat di Batu Niah untuk siasatan lanjut berhubung kes tersebut

MIRI, 9 Okt : Seorang pemuda warga tenpatan ditahan polis pada Jumaat (8 Oktober) kerana disyaki merogol kenalan wanitanya berusia 15 tahun sehingga hamil 33 minggu.

Suspek berusia 25 tahun itu ditahan sekitar jam 9malam pada Jumaat di Ulu Suai Niah.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, pihaknya telah menerima panggilan dari petugas perubatan sebuah klinik di Batu Niah, memaklumkan membuat pemeriksaan terhadap seorang gadis yang hamil 33 minggu ( lapan bulan).


“Magsa dikatakan telah datang ke klinik tersebut ditemani ibunya untuk menjalani pemeriksaan kesihatan,” ujarnya.

Difahamkan, suspek telah muka berkenalan dengan mangsa sejak awal tahun ini, namun pada April kedua-duanya telah tidak berhubungan lagi.

Suspek kini ditahan di lokap Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana rogol bawah umur. — DayakDaily