Percepat kelulusan permohonan skim ALAF di Meradong — Adun

Datuk Ding Kuong Hiing

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 8 Mei: Sebanyak 64 pemohon skim subsidi program penyambungan bekalan elektrik di bawah Dana Permohonan Lewat dan Tambahan (ALAF) dari kawasan Meradong masih menunggu kelulusan.

Adun Meradong Datuk Ding Kuong Hiing berkata, turut menunggu kelulusan ialah penduduk dari 14 buah rumah panjang.


Justeru, beliau menggesa kerajaan Sarawak mempercepatkan permohonan mereka yang telah menunggu selama tiga tahun.

“Projek yang sepatutnya bermula pada suku 2024 terpaksa ditunda dan dijangka bermula pada tahun 2025 kerana menunggu kelulusan peruntukan.

“Saya menggesa kerajaan Sarawak mengutamakan skim ini supaya penduduk luar bandar dapat manfaat daripada kemudahan infrastruktur secepat mungkin,” kata Ding.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Dewan Undangan Sarawak (DUS) di Petra Jaya hari ini.

Terdahulu tambah beliau, sebanyak 102 pemohon dan tiga buah rumah panjang telah mendapat manfaat dari skim ALAF.

Namun jelas Ding, kini pelaksanaan skim tersebut nampak agak perlahan. — DayakDaily