Polis mengesahkan menerima laporan video seorang lelaki tanpa pakaian tular di media sosial

Lelaki tanpa pakaian dirakam berjalan di kawasan Taman Tunku lewat petang tadi.

Oleh Brad Rantay

MIRI, Okt 18 : Pihak Polis Miri hari mengesahkan ada menerima satu lapiran mengenai sebuah video berdurasi sembilan saar yang tular di sebuah laman facebook bertarikh 18 Oktober yang memaparkan seorang lelaki tanpa pakaian telah berkeliaran di tempat awam di Jalan Kuching, Taman Tunku, Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari dalam satu kenyataan media hari ini berkata, pihak Polis telah menerima satu laporan dari seorang wanita yang mengaku bahawa lelaki tersebut adalah suaminya telah melarikan diri dari rumah dalam keadaan tanpa pakaian setelah mengamuk di rumah dan wanita tersebut menyatakan suaminya kemungkinan mengalami tekanan jiwa.


“Laporan polis dibuat oleh wanita tersebut adalah bertujuan untuk memohon bantuan daripada pihak Polis untuk mencari suaminya kerana mengkhuatiri perkara yang tidak diingin berlaku ke atas suaminya,” ujar Hakemal.

Berpandukan kepada laporan yang dibuat, pihak Polis telah mengarahkan Unit Peronda MPV dan Unit Cegah Jenayah (RCJ) Balai Polis Lapangan Terbang Miri untuk mengesan lelaki tersebut namun lelaki tersebut telah pulang ke rumah pada hari ini iaitu hari ini sekitar jam 10 pagi.

Susulan itu, masyarakat Miri digalakkan untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan kepada pihak Polis supaya tindakan undang-undang boleh diambil segera bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan masyarakat. — DayakDaily.