Dua beradik cedera diserang lima lelaki di Krokop

(barisan depan) kelima lima suspek dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 18 Sept: Dua beradik mengalami kecederaan di kepala dan badan selepas diserang lima lelaki pada malam Jumaat berhadapan sebuah kedai runcit di Krokop.

Empat daripada penyerang adalah remaja berusia antara 15 sehingga 18 tahun.


Dalam kejadian sekitar jam 9.40 malam itu, mangsa berusia 40 tahun itu bersama adik lelakinya sedang berada di dalam kedai tersebut sebelum didatangi kelima-lima suspek termasuk seorang warga emas yang bersenjatakan kayu dan rotan.

Susulan kejadian, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Miri telah menahan kesemua suspek di sebuah premis motor di Piasau Industrial, Piasau Utara untuk membantu siasatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Miri ACP Hakemal Hawari, kesemua suspek kini sedang ditahan untuk siasatan lanjut.

Punca kejadian masih didalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan. – DayakDaily.