Empat geng pecah rumah dan curi kenderaan dicekup

Polis menahan suspek pertama.
Advertisement

Oleh Dean Adam

MIRI, Dis 7: Polis berjaya menahan empat geng perompak yang dipercayai aktif dalam jenayah pecah rumah dan curi kenderaan di sekitar Taman Tunku di sini sejak September lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak SAC Denis Leong, berkata keempat-empat lelaki tempatan yang diberkas itu berusia antara 30 hingga 47 tahun.

Advertisement

Susulan kejayaan menahan empat suspek berkenaan, polis yakin berjaya menyelesaikan 74 kes jenayah yang berkait dengan geng perompak tersebut.

Seorang lagi rakan suspek diberkas.

“Sebelum itu, hasil risikan yang dilakukan polis berjaya menahan seorang suspek berusia 30 tahun pada 4 Dis lepas.

“Susulan tangkapan itu membawa kepada penahanan tiga lagi suspek yang masing-masing berusia 32, 37 dan 47 tahun pada hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Denis menambah, hasil penahanan keempat-empat suspek berkenaan, polis merampas pelbagai barangan disyaki dirompak oleh kesemua lelaki terbabit.

Katanya, antara yang dirampas ialah sebuah kereta Toyota Vios, 13 telefon bimbit, (3) tablet, (1) kamera digital, (1) monitor komputer, (1) jam lengan dan (1) ‘power bank’.

“Polis juga masih menyiasat sama ada suspek-suspek terbabit terlibat dalam jenayah di kawasan lain selain di Taman Tunku,” jelasnya. — DayakDaily

Advertisement