Dua ditahan terlibat kegiatan jual salinan langgaran digital cetak rompak

Kelihatan pegawai Penguatkuasa KPDNHEP Putrajaya menyita barangan yang disyaki telah melanggar Akta Hak Cipta 1987 dalam sebuan di sebuah premis Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur.

KUCHING, 30 April: Dua lelaki tempatan berusia lingkungan 19 hingga 32 tahun ditahan Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) kerana disyaki menjual apa-apa salinan langgaran melalui platform e-dagang yang dimuatkan ke dalam set pemain sistem karaoke tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

Pengarah Penguat Kuasa KPDNHEP Azman Adam berkata, kedua lelaki tersebut ditahan ketika serbuan yang dilakukan 10 10 orang anggota penguat kuasa bersama wakil pemilik hak cipta telah di sebuah premis perniagaan di Taman Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur pada 26 April lalu.

Katanya, serbuan tersebut dilakukan susulan hasil risikan yang dilakukan KPDNHEP selama lebih kurang dua minggu serta maklumat daripada wakil pemilik hak cipta berkenaan.


“Dalam sebuan terbabit KPDNHEP turut merampas beberapa barang dalam milikan suspek berupa set sistem KTV, pelbagai jenama hard disk, pelbagai jenama pendrive dan telefon bimbit dengan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM25,000.

“Untuk itu, kedua individu terbabit disyaki telah melakukan kesalahan kesalahan di bawah subseksyen 41(1) Akta Hak Cipta 1987 iaitu menjual apa-apa salinan langgaran melalui platform e-dagang yang dimuatkan ke dalam set pemain sistem karaoke,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Azman berkata, jika disabitkan kesalahan kedua individu tersebut boleh didenda tidak kurang RM 2,000 dan tidak lebih RM 20,000 bagi setiap salinan langgaran, atau penjara tidak lebih 5 tahun.

“Pihak KPDNHEP sentiasa memandang serius dan tidak akan berkompromi ke atas sebarang aktiviti berkaitan cetak rompak dalam melindungi karya hak cipta pihak industri muzik atau industri kreatif Malaysia.” Katanya.

Ujarnya orang ramai adalah dinasihati agar tidak berkongsi atau mengedarkan mana-mana karya hak cipta termasuk filem, lagu, buku berbentuk digital dan sebagainya tanpa kebenaran pemilik hak cipta.

Pengguna dalam pada itu turut disarankan agar menyalurkan sebanrang maklumat kepada KPDNHEP ini jika mengetahui mengenai mana-mana kegiatan cetak rompak.

“Maklumat tersebut melalui hotline 1-800-886-800 atau 03-8882 6088 di Enforcement Command Centre (ECC) atau WhatsApp di talian 019-279 4317 atau di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke mana–mana pejabat KPDNHEP yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil dengan lebih efektif,” katanya. — DayakDaily