KPDNHEP: Kumpulan HAFSRA juara Pertandingan Eksplorasi Pengguna

Stanley menyampaikan hadiah kepada pemenang

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 13 Mac: Kumpulan HAFSRA muncul juara Pertandingan Eksplorasi Pengguna Peringkat Negeri Sarawak anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Dengan kemenangan itu, HAFSRA yang diwakili oleh penuntut Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang membawa pulang wang tunai RM1,000.

Manakala Kumpulan THE CHAIRWOMEN daripada Bank Negara Malaysia Cawangan Sarawak di tempat kedua dan Kumpulan ANAK EMAS JAPEN daripada Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak di tempat ketiga membawa hadiah wang tunai bernilai RM700 dan RM500 masing-masing.


Pertandingan Eksplorasi Pengguna telah diadakan pada semalam di Plaza Merdeka menyaksikan 18 kumpulan bertanding bagi merebut peluang mewakili Zon Borneo.

Sarawak telah terpilih menganjurkan Pertandingan Eksplorasi Pengguna Peringkat Negeri Sarawak sekaligus mewakili Zon Borneo yang turut disertai oleh Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Tiga pemenang teratas akan mewakili Zon Borneo di kemuncak Sambutan Bulan Pengguna Kebangsaan yang akan diadakan pada 26 Mac 2022 di Kuala Lumpur.

Pengarah KPDNHEP Sarawak Dato Stanley Tan hadir menyampaikan hadiah kepada para pemenang. ― DayakDaily