ATM usir enam PATI cuba rentas sempadan  guna jalan tikus

Enam PATI yang ditahan dan diusir oleh Anggota Batalion Ke-13 Rejemen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) ketika cuba merentasi sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu,Serian menuju ke Sarawak menggunakan jalan tikus. Foto Ihsan ATM

Oleh Cornelius Kadir Edison

SERIAN, 1 Nov: Cubaan enam pendatang tanpa Izin (PATI) disyaki cuma masuk ke Sarawak menerusi jalan tikus gagal selepas mereka ditahan sepasukan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang melaksanakan Ops Benteng malam semalam.

Menurut Sel Perhubungan Raya Markas 1 Divisyen, kelibatan enam PATI tersebut disedari anggota Batalion Ke-13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) sekitar 11.45 malam ketika sedang melaksanakan rondaan keselamatan di laluan-laluan lorong tikus di sepanjang garis sempadan Malaysia-Indonesia di Tebedu.


“Ketika ditahan oleh pasukan rondaan Ops Benteng yang di ketuai Sarjan Muhd. Nasaruddin Hamdan, enam pati tersebut dalam keadaan mencurigakan sedang berjalan menuju ke Malaysia dan ingin merentasi sempadan Malaysia-Indonesia daripada Entikong melalui lorong tersebut yang kita percaya merupakan laluan tikus untuk PATI menyeludup masuk ke negara kita,” katanya.

Katanya, pemerisaan terhadapb enam PATI terbabit mendapati mereka membawa satu beng pinggang, empat telefon bimbit dan wang tunai sebanyak RM150 dengan jumlah keseluruhan barangan yang dibawa dianggarkan bernilai RM300.

“Kesemua PATI itu ditahan dan telah diusir keluar bagi mengelakkan kes penularan di Pusat Tahanan seperti mana saranan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri yang menyatakan Ops Benteng kini memfokuskan pendekatan pengusiran PATI berbanding tangkapan.

“Satu laporan polis juga telah dibuat di Balai Polis Tebedu berhubung perkara tersebut,” katanya.

Ujarnya, pihak Tentera Darat Malaysia (TDM) terutama pasukan di Sarawak sentiasa komited, fokus dan mempunyai tahap kesiagaan yang tinggi setiap masa terutamanya ketika penularan Wabak Covid-19.

Ia seiring dengan fokus utama pelaksanaan OP Benteng dalam mengawal ketat sempadan Negara secara bersepadu dari dibolosi PATI bagi mengekang jenayah rentas sempadan selain mengekang penularan wabak terbabit. -DayakDaily