Armada: Kabinet baharu digesa eratkan hubungan dengan Sarawak

Alexander Frusis

Follow and subscribe to DayakDaily on Telegram for faster news updates.


KUCHING, 1 Sept: Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Sarawak, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menggesa barisan kabinet baharu memainkan peranan dalam mengukuh dan mengeratkan lagi hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak.

Ketuanya Alexander Frusis berkata, lebih banyak peruntukan perlu disalurkan ke Sarawak untuk merancakkan pembangunan infrastruktur dan ekonomi, serta memacu pelaburan domestik.

“Ini akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Sarawak dan menjaga kebajikan peniaga kecil dan sederhana di negeri ini,” katanya dalam kenyataan semalam.

Tambah Alexander, pelantikan barisan kabinet yang baharu juga diharap dapat memberikan sebuah anjakan paradigma. — DayakDaily