Anggota tentera dari Markas 9 Briged bantu mangsa banjir

Anggota tentera membantu mangsa banjir di Bintulu.

BINTULU, Feb 9: Anggota tentera dari Markas 9 Briged, 803 RSAT dan 624 PGAT terus membantu mangsa banjir dengan meneruskan kesinambungan Program Jiwa Murni (PJM) di pusat pemindahan banjir Dewan Serbaguna Selangau dan Dewan Suarah Bintulu hari ini.

Perkhidmatan yang telah diberikan kepada mangsa banjir ialah pemeriksaan dan rawatan kesihatan dan rawatan pergigian yang diketuai oleh Pegawai Perubatan Kanan Markas 9 Briged, Kapten (Dr) Syed Fareez Syed Nasir.

Seramai 200 orang telah mendapat rawatan kesihatan dan pergigian sepanjang program dilaksanakan.


Rawatan tersebut bertujuan untuk membuat pemeriksaan dan memberikan rawatan awal bagi mencegah penyakit berjangkit berlaku dalam kalangan mangsa banjir di samping memberi kemudahan rawatan kepada orang ramai.

Panglima 9 Briged, Brigadier Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, pihak tentera akan terus memberikan bantuan dari segi perkhidmatan mahupun anggota bagi membantu mangsa yang terjejas banjir. — DayakDaily