WhatsApp hotline akan diwujudkan untuk memantau pematuhan SOP

Dato Sri Dr Sim Kui Hian

KUCHING, 21 Julai: Sarawak akan mewujudkan WhatsApp hotline tidak lama lagi bagi orang ramai memberi maklumat mengenai pihak yang melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan Covid-19.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata demikian dengan hotline WhatsApp diharapkan akan juga membantu pihak penguatkuasa bertindak pantas terhadap pihak yang melanggar SOP.

“Akan ada hotline WhatsApp tidak lama lagi bagi orang awam memberi maklumat (menjadi mata dan telinga kami) bagi membantu pihak penguatkuasa bertindak lebih cepat,” katanya dalam laman Facebooknya hari ini.

Dr Sim berkata ini kerana tanpa kerjasama, pemahaman dan solidariti orang awam, tiada undang-undang atau penguatkuasaan yang dapat menghalang Covid-19.

Selain itu, beliau juga menegaskan kini tiada lagi amaran dan denda kompaun akan dikenakan dengan setakat ini sudah ada 46 kes tindakan terbabit dengan sebanyam 34 kes itu di pusat hiburan sekitar bandar raya ini semalam.

“Suka melihat perniagaan lebih mengaturkan sendiri pematuhan SOP kerana langkah seterusnya akan membabitkan penutupan premis perniagaan,”katanya.

Dr Sim berkata satu kumpulan minoriti yang melanggar SOP terbabit tidak sepatutnya menyebabkan orang ramai yang lain terpaksa membayar harga gelombang kedua Covid-19.

Beliau berikutan itu berterima kasih kepada 696 anggota pelbagai agensi penguatkuasa yang telah memeriksa lebih 1,895 premis sepanjang hari dan malam semalam dan anggota pasukan keselamatan dalam Ops Benteng kerana menjaga sempadan negeri ini.—DayakDaily