Warga asing dibogelkan selepas cuba curi motosikal

Suspek dibogelkan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.

LUNDU, Okt 23: Suspek curi motosikal dibogel dan dibelasah penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Stunggang di sini, pagi semalam.

Penduduk kampung yang berang dengan perbuatan mereka telah membogelkan dan membelasah salah seorang daripada dua suspek yang juga merupakan warga asing.

Semasa kejadian kedua-dua suspek cuba melarikan diri apabila kegiatan mereka mulai disedari penduduk setempat namun gagal.


“Suspek cuba lari namun berjaya ditangkap penduduk sebelum dibelasah.

“Bagaimanapun salah seorang rakan suspek yang juga bersembunyi dalam lumpur turut berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis,” menurut sumber.

Ketua Polis Daerah Lundu, DSP Wong Chee Keong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

“Seorang suspek warga Indonesia telah ditangkap orang awam dan seorang lagi oleh anggota IPD Lundu kerana terlibat dalam kegiatan mencuri motosikal,” katanya.

Kes masih dalam siasatan. — DayakDaily