Wanita PBB sokong keputusan Abang Johari berhubung isu PSB

Welfare, Community Wellbeing, Women, Family and Childhood Development Minister Dato Sri Fatimah Abdullah during a press conference.

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 9 SEPTEMBER: Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) berdiri teguh menyokong keputusan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung Parti Sarawak Bersatu(PSB).

Ketuanya Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, Abang Johari memiliki pendirian yang jelas berhubung isu tersebut iaitu semua komuniti di negeri ini perlu mengeratkan perpaduan dan bersama menyumbang ke arah pembangunan Sarawak.


“Berhubung isu Parti Rakyat Bersatu Sarawak(SUPP) dan PSB, beliau(Abang Johari) sentiasa berharap perdamaian antara kedua-dua pihak demi kebaikan komuniti Cina khasnya di negeri ini.

“Kedua-dua pihak SUPP dan UPP telah diberikan tempoh untuk berdamai dan proses ini dibantu oleh ketua-ketua masyarakat cina dan ahli-ahli korporat,’katanya pada sidang media di Kuching hari ini.

Presiden PSB Datuk Seri Wong Soon Koh Wong pada Isnin menerusi kenyataan akhbar membidas kenyataan Abang Johari ketika merasmikan Konvensyen PBB pada Sabtu secara tidak langsung menyelar tindakan ahli-ahli politik yang tidak berpuas hati serta bermasalah menubuhkan parti baru.

Dalam pada itu, Abang Johari yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak(GPS) menerusi kenyataan balas semalam berkata, perdamaian sentiasa menjadi dasarnya sejak berlaku perpecahan dalam SUPP.

Katanya, apabila saya mengambil alih sebagai ketua menteri, dasar perdamaian itu diteruskan dengan mengekalkan Wong sebagai menteri, bertujuan untuk memberi masa kepada kedua-dua kumpulan ini berdamai.

“Malangnya, secara sengaja atau sebaliknya, kepimpinan PSB ‘mengikat’ ahli-ahli parti komponen GPS, walaupun mengetahui tindakan itu akan menjejaskan kerja berpasukan dalam GPS.

“GPS mempunyai dasar ‘you touch one, you touch all’ dan tindakan PSB itu bertentangan dengan usaha kita untuk menyatukan rakyat Sarawak,” kata Abang Johari.-DayakDaily