Wanita bogel cetus tanda tanya penduduk setempat


BINTULU, Julai 15: Tindakan seorang wanita berbogel sambil melakukan aksi yoga telah mencetuskan suasana gempar di kalangan masyarakat setempat yang menetap di Taman Bandar Jaya di sini.

Aksi wanita yang berumur dalam lingkungan 30-an itu dirakam oleh individu tempatan yang kebetulan melalui jalan berkenaan kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurut sumber, wanita berkenaan dikesan tidak memakai pakaian, namun seolah-olah melakukan latihan yoga.


Kata sumber, wanita tersebut juga tidak dapat dipastikan sama ada mengalami masalah mental atau sebaliknya.

“Sebelum ini, wanita sama juga dikesan berbogel di hadapan sekolah berhampiran namun tiada sebarang tindakan diambil,” kata sumber.

Sumber menambah, penduduk setempat di situ memohon pihak berkuasa agar melakukan pemantauan di kawasan berkenaan bagi mengambil tindakan sewajarnya.

“Ini kerana, tindakan wanita yang berbuat demikian boleh menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat umum,” katanya. — DayakDaily