Wanita antara enam yang ditangkap menagih dadah di Bau

Siasatan dijalankan di lokasi kejadian.

BAU, 2 Sept: Enam penagih dadah, termasuk seorang wanita ditangkap dipercayai sedang khayal di sebuah rumah di Kampung Bunga Rampai, di Hari Kebangsaan.
Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon berkata, selain cuba melarikan diri, keenam-enam suspek juga disahkan positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya, dalam serbuan sekitar 5 petang itu, polis turut menemui saki baki dadah jenis syabu d bahagian ruang tamu rumah tersebut.
“Siasatan awal mendapati rumah berkenaan sering menjalankan aktiviti penyalahgunaan dadah.
“Siasatan juga mendapati keenam-enam suspek bersama-sama menggunakan dadah sebelum pihak polis membuat tangkapan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Menurutnya, kesemua suspek berusia 22 dan 42 tahun.
Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Dayakdaily