Oleh Brad Rantayy
MIRI, 23 Dis: Seekor ular tedung selar sepanjang dua meter lebih yang “menceroboh masuk” ke sebuah kedai makanan laut di Jalan Bakam di sini pagi tadi, berjaya ditangkap oleh sepasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Dalam kejadian 11.41 pagi itu, salah seorang pekerja kedai makan tersebu sedang memgemas di bahagian luar kedai, apabila melihat seekor ular menjalar masuk ke dalam kedai.
Bimbang, pekerja tersebut terus memaklumkam kepada majikannya mengenai kehadiran ular tedung selar itu, sebaik sahaja menjauhkan diri secara perlahan-lahan.
Pemilik kedai berusia 54 tahun dengan segera menghubungi APM untuk menangkap ular tersebut.
Menurut pegawai APM daerah Miri Kapten (PA) Usman Harto, seramai enam anggota dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggillan mengenai kehadiran ular tedung selar tersebut.
“Skuad Alpha diketuai Sarjan (PA) Roberr Jones bergerak ke lokasi yang dinyatakan membuat tinjauan,” ujar Usman.
Ular Tedung selar itu ditemui sedang “duduk” di atas kerusi di dalam kedai tersebut.
Operasi menangkap reptilia tersebut berakhir pada jam 12.21pm menggunakan peralatan menangkap ular.
“Ia kemudian dilepaskan ke habitatnya,” Usman berkata. — DayakDaily