Kereta rosak dihempap pokok tumbang di Jalan Merbau

Dua kenderaan dilaporkan rosak dalam kejadian.

Oleh Brad Rantayy

MIRI, 24 Ogos: Dua buah kereta dilaporkan mengalami kerosakkan akibat dihempap sebatang pokok susulan hujan renyai-renyai pada petang Selasa di sebuah tempat letak kereta di Jalan Merbau.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam Miri Kapten (PA) Usman Harto, pihaknya dimaklumkan kejadian pada jam 2.42 petang bagi membantu memotong dahan pokok tersebut dan mengalihkannya ke tempat selamat.


Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Operasi tamat pada jam 4.48 petang. — DayakDaily