Tujuh premis judi dipotong bekalan elektrik di Kuching

Pasukan operasi bertindak memotong bekalan elektrik di premis yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian.

Oleh Juetila Ozzy

KUCHING, 9 April: Sebanyak tujuh premis di Tabuan Jaya, Sentral dan Satok disyaki terlibat dalam kegiatan judi tanpa lesen dipotong bekalan elektrik, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, Operasi Bersepadu itu dilaksanakan bermula 9.30 pagi hingga 12 tengah hari oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kuching bersama-sama kakitangan Sarawak Energy Berhad.


Jelasnya, mengikut seksyen 21A Akta Rumah Judi Terbuka 1953, polis boleh membuat permintaan untuk pemotongan elektrik jika mempunyai alasan yang munasabah bahawa premis itu menjalankan sebarang aktviti perjudian.

ā€œKita memberi amaran keras kepada pengusaha berkaitan supaya tidak menjalankan sebarang aktiviti perjudian tanpa lesen memandangkan pihak polis akan mengambil tindakan sepertimana yang diperuntukan dalam Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan akan melaksanakan tindakan Akta Pencegahan Jenayah 1959 ke atas mereka yang terlibat,ā€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya juga, dalam tempoh empat hari bermula 5 hingga 8 April pihaknya telah berjaya membuat 5 serbuan ke atas premis-premis perjudian.

ā€œAktiviti perjudian yang bersembunyi di premis-premis ini berjaya dikenal pasti hasil serbuan pasukan operasi dalam tempoh empat hari bermula Isnin lalu.

ā€œSelain itu turut diberkas, lima individu yang disyaki menjadi ejen jualan judi dalam talian tersebut,ā€ katanya.

Tegasnya, kesemua suspek masih direman untuk siasatan lanjut. ā€” DayakDaily