Francis Harden bantu bawa pulang jenazah Maxwel Leo

Datuk Francis Harden Hollis ketika melawat tempat tinggal keluarga mendian di rumah pekerja di Kampung STC, Jalan Rambutan, Sri Aman

KUCHING, 10 April: Kesukaran Sebuah keluarga di Sri Aman untuk membawa pulang jenazah ahli keluarga mereka yang meninggal dunia di Johor Bahru mendapat perhatian dan bantuan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang Datuk Francis Harden Hollis.

Beliau yang mengetahui perkara itu selepas petubuhan bukan kerajaan (NGO) Terabai Menua menemui jalan buntu dan memohon bantuan kewangan bagi menampung membeli keranda khas untuk menempatkan jenazah seorang remaja Maxwel Leo Ronny, 19, yang meninggal dunia pada 6 April lalu.

Mendiang Maxwel yang dilaporkan meninggal akibat sakit di bahagian perut telah pergi ke Johor Bahru bagi mencari perkerjaan untuk menampung keperluan keluarga.

Francis yang terkesan dan simpati dengan keadaan menimpa keluarga mendiang turut meluangkan masa melawat rumah keluarga mendiang di tapak pembinaan Kampungg STC Jalan Rambutan, Sri Aman serta berjumpa nenek mendiang yang tinggal di rumah pekerja pembinaan.

“Saya selaku wakil rakyat mengucapkan terima kasih kepada Pertubuhan Terabai Menua dan orang perseorangan dalam usaha yang sungguh mulia membantu anak Sarawak tanpa mengambil keuntungan meringankan beban seterusnya memudahkan urusan keluarga mendiang,” katanya ketika di temui selepas melawat rumah nenek mendiang di Kampung STC semalam.

Datuk Francis Harden Hollis mengucapkan takziah kepada keluarga mendian di Kampung STC, Jalan Rambutan, Sri Aman.

Francis berkata, jenazah mendiang Maxwel yang diterbangkan terus dari Kuala Lumpur dijangka tiba di Kuching hari ini (10 April).

Katanya, jenazah terbabit akan terus dibawa ke Benevolent Society di Jalan Brayun, Sri Aman sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sabu esok (11 April).

“Kita ucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan berharap semoga mereka tabah dan sabar dalam menempuh ujian ini kerana apa yang berlaku adalah kehendak Tuhan,” katanya. — DayakDaily